29 December, 2018

Download Aplikasi

Aplikasi boleh download di sini ( Aplikasi masih tidak boleh download disebabkan masalah pepijat dalam atur cara. Harap maaf atas kesulitan)

Keperluan pemasangan
  1. Komputer atau laptop terkini.
  2. Windows XP / Windows 10
  3. Microsoft .NET Framework 4.6.1 
Cara Pemasangan
  1. Download MyRPH_Setup ke dalam komputer anda.
  2. Double clik untuk install.
Fail Sokongan
Template ini digunakan untuk menulis DSKP sebelum import ke dalam pangkalan data Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

  1. Standard_Kandungan.xlsx
  2. Standard_Pembelajaran.xlsx

Memperkenalkan Aplikasi Penulisan RPH

Aplikasi ini dapat memudahkan para guru menulis, menyimpan dan menedit RPH yang telah ditulis. Semua RPH yang ditulis akan disimpan dalam pangkalan data individu. RPH yang telah ditulis boleh diedit semula untuk kegunaan hari lain atau mengulang pdpc.

Aplikasi akan lebih mudah digunakan apabila semua seting dalam aplikasi dilengkapkan seperti mata pelajaran yang diajar, waktu mengajar, nama kelas, kemahiran PAK 21, strategi pdpc dan sebagainya.
















Aplikasi ini dapat :

  1. Memudahkan guru untuk menulis RPH dalam satu halaman. 
  2. RPH yang ditulis disimpan dalam pangkalan data. RPH boleh diedit untuk kegunaan hari lain atau dijadikan RPH baharu (Mengubah tarikh dan minggu). 
  3. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran boleh diimport melalui Excel. 
  4. Pengguna boleh memilih untuk menulis nombor kemahiran sahaja atau bersama dengan keterangan dalam ruangan Standard. 
  5. RPH yang telah ditulis boleh dicetak terus atau dikumpulkan untuk sehari atau seminggu pengajaran. 
  6. Cetakan hari terakhir dalam seminggu akan memaparkan nama guru dan nama guru besar atau pengetua untuk pengesahan dan banyak lagi fitur yang lain.




























Pengggunaan kali pertama



























Halaman menulis RPH


Import Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

Tambah Standard Kandungan atau Standard Pembelajaran


Halaman pemilihan Standard Kandungan


Halaman pemilihan Standard Pembelajaran


Contoh hasil cetakan. Font : Tahoma. Saiz : 9 pt

Panduan Menggunakan Aplikasi MyRPH

Login Kali Pertama





  1. Klik butang kunci untuk login ke aplikasi. 
  2. Sebagai penggunaan kali pertama, anda dikehendaki melengkapkan  halaman Penggunaan Kali Pertama. 
  3. Taipkan Nama Penuh anda. Nama penuh anda ini tidak akan muncul dalam cetakan bagi aplikasi percubaan. 
  4. Taipkan nama sekolah tanpa alamat. 
  5. Taipkan kod sekolah anda. 
  6. Ciptakan nama pangkaln data anda. Nama ini akan menjadi nama pangkalan data anda di mana semua RPH akan disimpan. Sebaiknya nama pangkalan data ditip satu perkataan. 
  7. Taipkan nama Guru Besar atau Pengetua. Taipkan kata laluan untuk kegunaan login nanti. 
  8. Pilih hari bila anda akan menghantar cetakan RPH untuk disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua. 
  9. Klik butang OK untuk menyimpan. 
  10. Klik Batal jika anda tidak mahu meneruskan pengisian ini. Halaman ini akan muncul semula apabila anda cuba login nanti. 
  11. Setelah selesai, klik ikon kunci sekali lagi untuk login. Pilih senarai dalam kotak kombo. Masukkan kata laluan dan klik OK. 
  12. Klik butang login sekali lagi untuk logout.
Setting Aplikasi.
Klik ikon seperti di atas untuk memaparkan halaman Tambah/Edit Item.
Ada 4 tab dalam halaman ini.



Tab 1 - Maklumat RPH

Papar Maklumat - Memaparkan maklumat :

  1. Kelas yang diajar 
  2. Mata pelajaran yang diajar 
  3. Kemahiran abad 21 
  4. Strategi pdpc 
  5. Nilai murni 
  6. Kemahiran Beraras Tinggi (KBAT) 
  7. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) 
  8. Peta iThink 
  9. Nilai murni, KBAT, EMK dan iThink telah dimasukkan.

Tambah Maklumat - Menambah maklumat semua perkara di atas.
Klik ikon Tambah berwarna hijau.
Betulkan No ID jika tersalah kira.
Taipkan maklumat tambahan.
Klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat baharu.

Edit Maklumat- Edit maklumat perkara di atas.
Klik pada Tree View Papar Maklumat.
Klik maklumat dalam grid yang hendak diedit. 
Klik butang edit.
Klik butang Kemas kini untuk menyimpan atau Batal untuk keluar.

Hapus - Menghapuskan rekod yang dipaparkan.
Klik Tree View Papar Maklumat yang hendak dihapuskan.
Klik butang Hapus.

Import - Import Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditulis dalam Excel. Fail Standard Kandungan dan Pembelajaran ada dalam Start - All App - Aplikasi MyRPH. Jangan ubah suai spreed sheet ini.

Pilih Kelas - Pilih Subjek - Pilih Standard. 
Klik butang Folder untuk membuka fail standard yang ditulis dalam haparan elektronik Excel. Klik butang ikon import untuk mengimport standard kandungan/pembelajaran.
Exit bila selesai.

Cari Maklumat - Mencari maklumat dalam grid sahaja. Butang dalam halaman ini akan aktif mengikut keperluan.
Semua maklumat di atas boleh ditulis terus dalam halaman Penulisan RPH jika anda tidak mahu melengkapkannya.

Tab 2 - Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
Halaman ini membolehkan penggun menambah sam ada Standard Kandungan atau Standard Pembelajaran.Pengguna boleh memilih untuk tidak melengkapkan borang ini jika semasa menulis RPH , hanya Nombor Standard yang ditulis.
Tik ChekBox Standard Kandungan atau Standard Pembelajaran. Butang Simpan telah diaktifkan. 
Lengkapkan Kelas, Mata Pelajaran, Nombor Standard dan Keterangan Standard.
Klik butang Tambah hijau. Data yang ditaip akan dipaparkan dalam grid. 
Apabila selesai klik butang Simpan.

Tab 3 - Tambah Pengguna Baharu.
Kemudahan ini digunakan untuk menambah pengguna baharu untuk Aplikasi Multimedia. 
Kemudahan ini belum tersedia.

Tab 4 - Hapus rekod
Kemudahan ini digunakan untuk menghpuskan rekod secara pukal. 3 pilihan disediakan.
Hapus RPH terdahulu
Hapus Standard Kandungan
Hapus Standard Pembelajaran

Tulis RPH





  1. Klik ikon untuk memulakan penulisan RPH. 
  2. Pilih tarikh untuk pdpc. Ubah Minggu Pembelajaran jika perlu. Jika anda telah melengkapkan halaman Setting, anda hanya pilih dari kotak kombo maklumat yang diperlukan atau anda boleh taipkan dalam kotak kombo yang disediakan. 
  3. Lengkapkan Tema dan Tajuk. 
  4. Lengkapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Klik butang Pilih... untuk membuat pilihan Standard Kandungan atau Standard Pembelajaran. 
  5. Lengkapkan Objektif dan Aktiviti PdPc. 
  6. Klik butang Simpan untuk menyimpan RPH. 
  7. Klik butang Cetak untuk mencetak RPH berkenaan.
Halaman Pilih ... (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran)
  1. Pilih kelas dari kotak kombo ( T1, T2, T3, T4, T5 dan T6) Pilih Subjek. Klik butang Papar Pilihan untuk memaparkan senarai kemahiran pilihan. 
  2. Klik kemahiran pilihan anda. Anda boleh membuat sehingga 3 kemahiran. Pilihan akan disenaraikan dalam kotak pilihan di bawah. 
  3. Klik butang Insert  ntuk menambah ke dalam halaman RPH. 
  4. Klik butang Tutup apabila selesai. 
  5. Taipkan kata kunci dalam kotak cari untuk mencari kemahiran dalam grid data. Klik Edit untuk edit kemahiran yang dipilih dari kotak grid. 
  6. Nyah tanda Tik bersebelahan butang Refresh untuk memaparkan semua kemahiran. 
  7. Klik butang Refresh untuk untuk memaparkan semula semua  kemahiran.

Edit RPH 




  1. Kegunaan untuk edit/membuat pembetulan/menukar kepada RPH yang  baharu bagi MyRPH yang telah ditulis.  
  2. Klik RPH dalam grid senarai. Klik butang Edit. Selesai edit, klik butang Simpan.  Anda diminta membuat pilihan sama ada untuk kemaskini atau menjadi RPH baharu. 
  3. Klik butang ikon  pintu untuk kemas kini
Hapus RPH




  1. Fungsi ini menghapuskan RPH yng dipapar dalam grid senarai. 
  2. Klik RPH dalam grid senarai. Klik butang hapus untuk menghapus RPH.
Cetak RPH



  1. Mencetak RPH yang disenaraikan dalam grid senarai. Hanya 1 RPH yang akan dicetak. 
  2. Klik RPH yang hendak dicetak dari dalam grid senarai.  
  3. Klik butang Cetak untuk mencetak RPH.
Cari RPH



  1. Klik ikon untuk mencari RPH berdasarkan Hari dan Minggu
  2. Klik ikon kanta. Pilih Hari dari kotak kombo. 
  3. Tapikan minggu RPH dalam medan minggu. 
  4. Senarai RPH akan disenaraikan secara automatik.
  5. Klik butang pangkah merah apabila selesai.

Refresh




  1. Klik butang Refresh setelah selesai menggunakan butang Cari untuk kembali kepada senarai penuh.
Menggunakan Senarai Cetakan (Cetakan berbilang)

  1. Senarai cetakan ini membolehkan anda mencetak lebih daripada 1 RPH  yang ada dalam grid senarai. 
  2. Double Click RPH yang hendak dicetak dari grid senarai RPH. RPH akan disenaraikan dalam  grid Senarai Cetakan. Anda boleh menambah seberapa banyak RPH yang hendak dicetak. 
  3. Klik butang ikon cetak bertanda pangkah merah untuk mengosongkan senarai. 
  4. Klik butang ikon cetak bertanda betul hijau untuk mula mencetak.

Aplikasi MyRPH versi penuh

Download aplikasi di sini.


Cara Mendapatkan Versi Penuh
  1. Untuk menggunakan aplikasi sepenuhnya, anda perlu mendapatkan Patch
  2. Patch bagi MyRPH akan dijana secara individu. Ini bermakna, selepas anda membuat bayaran, barulah Patch file dijana untuk anda dan akan dikirimkan kepada anda melalui email.
  3. Download Patch file dari email ke dalam komputer atau pemacu kilat anda. 
  4. Double click untuk memulakan pemasangan/installation.
  5. Setelah dipasang/Install, anda bolehlah menggunakan Aplikasi MyRPH senepuhnya.
Cara Membaut Bayaran.
Pembayaran dibuat ke akaun Bank Rakyat bernombor : 221251024811 atas nama Zainuddin
Setelah bayaran dibuat, emailkan maklumat berikut : 
  • BUKTI PEMBAYARAN (SLIP BANK IN/BANK TRANSFER)
  • NAMA PENUH
  • NAMA SEKOLAH
  • KOD SEKOLAH

ke alamat email seperti berikut: